Wednesday, 26 February 2014

PERPUSTAKAAN SURAU AL-ISLAH

Assalamualaikum wbt..

Dalam menambah baik kemudahan dan mesra kepada ahli jemaah untuk berkunjung ke Surau Al-Islah KSE khususnya penduduk kariah dan sekitarnya, maka hasil dari mesyuarat
yang lalu , salah satu cadangan dari Ajk Surau adalah untuk mengwujudkan satu ruang sudut bacaan atau digelar
"Perpustakaan Surau".
Maka bertitik tolak dari mesyuarat tersebut, hari ini kemudahan tersebut telah dapat direalisasikan oleh pihak pengurusan Surau. Alhamdulillah, Satu pengubahsuaian ruang sudut telah dilakukan di bahagian luar koridor berhampiran pintu berkaca. Dahulunya ruang ini adalah bilik stor penyimpanan barang-barang keperluan Surau.

Oleh yang demikian, pihak Pengurusan Surau amat-amat mengalu-alukan sebarang sumbangan buku-buku bacaan, majalah berbentuk Ilmiah, kitab-kitab selain al-quran sama ada bahan bacaan itu yang baru di beli di pasaran ataupun terpakai yang masih boleh dijadikan bahan bacaan.Pihak Surau masih memerlukan sumbangan dari semua ahli kariah demi mencapai hasrat murni iaitu menjadikan Surau Al-Islah Kota Seriemas sebagai satu tempat untuk penduduk Kariah surau ini menambahkan Ilmu pengetahuan selain dari kuliah-kuliah bulanan yang sedia ada.

kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan bahan-bahan seperti yang dijelaskan diatas, bolelah berbuat demikian dengan menghubungi Encik Mohd Syazwan di talian; 01223331433/0192671433

Akhir kata, kepada semua yang telah terlibat dalam kerja-kerja amal ini khususnya penyumbang bahan-bahan bacaan buku,majalah dan sebagainya, pihak Surau Al-Islah mengucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment