Thursday, 27 February 2014

TABUNG DAPUR-KULIAH SUBUH (SABTU/AHAD)

Assalamualaikum w.b.t

Adalah dimaklumkan kepada semua ahli Qariah Kota Seriemas dan sekitarnya bahawa pada hari Sabtu dan Ahad setiap minggu Surau Al-Islah Kota Seriemas ada mengadakan Kuliah Subuh. Para penyampai kuliah adalah
terdiri daripada Ustaz jemputan dari luar dan juga Ustaz Darmadi Zulkifli yang tinggal dalam Qariah Kota Seriemas.Kuliah subuh ini telah diadakan sejak beberapa tahun lalu.

Pada setiap Kuliah subuh pihak pengurusan surau telah memilih waktu-waktu tertentu untuk diadakan sedikit jamuan sarapan pagi seusai Kuliah subuh berakhir.
Oleh yang demikian , pihak pengurusan Surau mengalu-alukan sebarang sumbangan kewangan dari semua ahli jemaah mahupun sesiapa juga dikalangan penduduk Kota seriemas yang berkeinginan menyumbang/menginfaq wang untuk Tabung Dapur bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi timbalan pengerusi Surau Tuan Haji Saharudin bin Mahmod di talian: 0192763287.

Kepada ahli jemaah yang ingin menyumbang makanan pada pagi Sabtu/Ahad tersebut hendaklah dimaklumkan terlebih awal selewat-lewatnya hari Jumaat (tengahari).
Kepada semua penyumbang kami ucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira.

Wassalam

No comments:

Post a Comment