Tuesday, 25 March 2014

Program Sarapan Pagi@Surau Al-Islah Kota Seriemas


Assalamualaikum wbt..

Adalah dimaklumkan kepada seluruh ahli Qariah penduduk kota seriemas dan masyarakat sekitarnya, satu program Sarapan pagi yang akan dianjurkan oleh pihak pengurusan Surau Al-Islah
dengan kerjasama ahli dan rakan-rakan Qariah sekitarnya.Program sarapan pagi ini diadakan adalah bertujuan untuk mengisi Dana Tabung Pembangunan Surau Al-Islah KSE. Hasil dari mesyuarat Ajk Surau, Satu lagi projek pengubahsuaian Surau akan dilakukan seawal bulan April 2014 dan dijangka siap sebelum Ramadhan yang akan menjelang tiba tak berapa lama lagi. Kerja pengubahsuaian ini termasuklah menambah bumbung ber'SLAB' disebelah kanan surau dan juga membina pagar untuk memberi keselesaan para jemaah yang semakin bertambah apatah lagi bulan Ramadhan bakal tiba beberapa bulan lagi. Oleh yang demikian, pihak Surau amat mengalu-alukan sebarang sumbangan dari ahli Qariah sama ada yang berbentuk wang ringgit mahupun juadah makanan untuk dijual pada pagi tersebut.Semua sumbangan dari Tuan/Puan akan disalurkan untuk dana pembangunan Surau.

Selain jualan makanan dan minuman serta barangan yang lain, pihak Surau juga telah mengatur beberapa aktiviti pada pagi tersebut.Diantaranya:
1. Pemeriksaan Kesihatan
2. Bekam
3. pertandingan mewarna kanak-kanak.
   a) Umur 4-7 Tahun
   b) Umur 8-10 Tahun-Untuk kedua-dua peringkat umur peserta hendaklah membawa alat tulis dan warna sendiri.
4.Dll

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,bolehlah menghubungi pihak penganjur Surau Al-Islah yang tertera nama dan talian h/p di bawah ini:
1.Tuan Haji Syed Noor b Syed Husin 019 2310003
2.Tuan Haji Mohd Zin b Yahia  016 3366724
3.Tuan Haji Wahi Anuar b Dahlan(Imam Besar) 013 3427102
Atau mana-mana Ajk Surau Al-Islah.
P/s Sila rujuk gambar diatas untuk masa dan tarikh Program ini.

Kepada semua ahli Qariah dijemput datang beramai-ramai untuk membeli sarapan pagi pada hari tersebut.Meja jualan makanan ,minuman dan sebagainya di buka disepanjang jalan dihadapan pintu utama Surau.

Wassalam

No comments:

Post a Comment